HONGKONG-MACAU TRIP dis 18-DAY 1

Assalamualaikum..

Selamat menyambut CNY atau sekurang-kurangnya selamat bercuti untuk yang tidak meraikannya. Malam ni siap sedialah, kejutan bunyi MERCUNNNN.

Ok  saya nak share pengalaman bawa anak-anak ke Hong Kong. Santai-santai ni boleh la share..


Masa beli tiket..overexcited sebab dapat tiket MAS ,RM 600 return . So, alang-alang tiket murah..saya book air bnb selama 5 mlm...6 hari. Selepas beberapa bulan (tiket beli bulan mac), mula rasa cuakkk..ya Allah 6 hari? apa benda la nak buat lama-lama....menyesal makkkk


DAY 1..kami touch down dalam pukul 2.30 petang...beli octopus card sorang satu- ni macam touch n go card la..utk naik mtr..bus..dan beli barang from convinient shop mcm 7e.
naik bas ke Mong Kok...jalan kaki ke unit yang kami sewa...dekat dgn bus stand Argyle centre dan exit A2 mtr. Unit untuk kami 5 beranak...memang kecil...tapi cukup selesa untuk masak dan tidur..siap heater(penting ni..sebab disember, memang winter-tanpa salji yea)
 
pemandangan dari dalam bas...teksi sama macam kita tonton dalam siri police story- ah kit- tahun 80an. Flat merata -riti, ada baru..ada buruk...


Lepas check in,alas perut...makanan halal mahal yakmat(sila bawa bekal dari Malaysia), kami pusing-pusing ladies market. Dalam pukul 5.30pm macam tu...recce dulu sneaker street...banyak betul kedai...tidak la murah jugak...kedai kecikkkkk..semak perut nak belek kasut lama-lama...
suasana malam di sneaker's street

Agak dah puas hati, kami balik tidur sebab esoknya nak ke MACAU

TIPS:
1. pakai kasut yang selesa untuk jalan...bawa winter jacket kalau pergi Disember..(serius sejuk)
2. sewa bnb yang dekat dengan exit mtr/bus stand..senang nak travel nanti..
3. ingat exit keluar ke bnb /tempat nak pergi...contoh, bnb anda dekat dengan exit A2...ladies market dekat exit D..kalian masuk melalui exit A2....cari exit D...keluar...terus sampai ke ladies market...selamat dari sesat dan asap rokok bagai..balik ke bnb pun buat macam tu..masuk je ikut mana-mana exit subway tu,then cari exit ke bnb anda

**video by nini amir
KLIK untuk ITINERARY HONGKONG MACAU

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...