Trip SINGAPORE, DISEMBER 2019


7 Disember-11 disember 2019

Untuk percutian keluarga kali ini, kami memilih Kota Singa, jiran terdekat di selatan semenanjung. Kunjungan kali ke 2 buat kami sekeluarga. Kali terakhir adalah pada 2014.

Kali ini, saya aturkan supaya kami dapat bergambar di instagrammable spot.

HARI PERTAMA
1. Changi jewel- canopy park
Penat yakmat, semua tak cukup tidur

           


 jewel  dari canopy garden


Atas canopy bridge- Amani dah meraung masa ni- GAYAT 


2. Masjid Sultan
Kekenyangan lepas makan murtabak zam-zam- penat- balik tidur je
3. LIBRARY @ BUGIS

Cantik dan kreatif sangat library @ bugis. Section for kids. Benda hijau kuning tu diperbuat daripada botol mineral plastik!
















SINGAPORE - HARI KE 2

Hari ni memang dah rancang ke Comic Con di Marina Bay Sand. Sekitar sini memang banyak spot instagram.

1. Marina Bay Sand
2. Waterfront Promenade


 3. Helix bridge

 4. On the way ke Garden by the bay

5. Garden by the bay

                                                    6. Library @Orchard

View ni memang famous kat internet. Cantik gila la library ni. Bahan  kat sini awesome!!

                                                       HARI KE TIGA
                                                       ITI SINGAPORE FAMILY TRIP


SINGAPORE, HARI KE 3


Hari ni memang dah "block" satu hari nak ke Pulau Sentosa. Tapi terkilan juga sebab tak sempat ke Pantai Palawan

1. Merlion @ Imbiah Station
Hujan rintik-rintik, terima kasih kepada pelancong Filipina yang tolong ambil gambar cantik ni. Kami suka merlion ni, BESAR dan takde orang,compare to yang dekat Merlion Park, orang meremut.

2. USS
                                         

                                         

                 



                                                               
                                                                 HARI KE EMPAT
                                                               ITI SINGAPORE FAMILY TRIP

SINGAPORE, HARI KE 4

Hari terakhir , kami akan ke tempat-tempat yang kami rasa cantik dan beberapa spot yang sering dikongsi dalam instagram.

1. BOTANIC GARDEN

Jacob Ballas - Children's Garden

Kat Children's Garden jugak

2. SUNTEC CITY
Fountain of wealth


3. CLARKE QUAY
Fort Canning

Old Hill Police Station

Lintasan pejalan kaki bawah tanah area National Museum- tak sempat nak 'posing', anak-anak muka dah senget, ramai lagi yang beratur belakang kami , tunggu turn untuk bergambar.
                                                     4. HENDERSON WAVE
Dah malam bila sampai sini. Laluan pejalan kaki 36 kaki dari jalan raya. View dari sini memang breath taking waktu malam.
Kesimpulannya, trip kali ni amat berbaloi. Tahun depan mungkin tidak dapat bermusafir 5 beranak kerana anak yang sulung akan memulakan pengajian kolej. Mungkin cuti kami tidak sama. 
#familytrip   #instagrammablespot

                                                               ITI SINGAPORE FAMILY TRIP


KERJA SATU IBADAH - SEORANG TUKANG KASUT

27 November 2019

Hari terakhir peperiksaan SPM. Semoga anak saya dan anak-anak didik saya serta kawan-kawan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang, diangkat semua doa-doa mereka dan ibu bapa mereka. Seterusnya dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Minggu lepas saya ke bandar, mencari tukang kasut. Di celah-celah lorong, sebelah stesen teksi arked MARA, memang ada 3 orang tukang kasut (TK). Kedudukan mereka hampir antara satu dengan lain. Saya tanya pakcik tukang kasut B, berapa dia nak 'charge' untuk baiki kasut saya, sepasang? Katanya, kalau tengok pada keadaan kasut, sebelah rm 12.Sepasang dah rm 24. Dalam hati saya rasa okey la.. Boleh tahan harga.. Kalau ada 3 pasang kasut sehari, rm 72..Katanya lagi, "kena tinggal, besok-besok ambil".

Oleh kerana ada 2 orang TK lain  yang memerhati, saya batalkan niat baiki kasut petang tersebut. Macam tidak adil pulak untuk lagi dua orang tukang kasut, walaupun rezeki Allah yang tentukan.

     Jalan Besar, Kuantan. Di celah-celah bangunan lama inilah, tukang kasut beroperasi. Deretan kedai lama di sini, kebanyakannya telah diubahsuai menjadi kedai makan 'hipster' atau kedai kopi yang berkarakter . Bergerakk (kedai wrap dan burger) dan Kuantan Pickers( kedai kopi) adalah antara kedai kegemaran kami sekeluarga. 

Berbalik cerita tukang kasut,
Selang 2 hari, saya mencari TK yang selalu membaiki kasut suami. Lokasinya di Jalan Bukit Ubi, di celah-celah deretan kedai barangan elektrik. Menyewa tangga sahaja sebagai premis perniagaannya. Saya tunjukkan kasut saya,


Katanya, " jenama bagus ni, ramai orang kerja hospital pakai ni, kerosakkan pun sama..".
Wow!! Saya kagum sekejap. Lelaki ini memang cekap dengan apa yang dia buat.

Saya tanya, " nak kena tinggalkan kasut ke?"
TK, " Puan pergi jalan-jalan dulu, dua jam datang balik.."

Selepas 2 jam, saya datang semula untuk ambil kasut saya, sambil dengar TK mengomel sebab tak ada kiwi merah nak kiwikan kasut saya.

"kiwi merah baru habis, kalau tidak, saya boleh buat semula ni." Tidak berpuas hati kerana tidak dapat buat sehabis baik agaknya.

Saya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Kos menjahit kasut hanya rm15 untuk sepasang. Semoga murah rezeki abang TK ni. Hasil kerja beliau memang bagus.

Lagi kisah kerja satu ibadah

                                                           

MAJLIS APPRESIASI HOMEROOM

1 NOVEMBER 2019
8.00 pagi-10.30 pagi

Majlis Appresiasi Homeroom, suatu majlis penyampaian penghargaan kepada homeroom-homeroom yang menunjukkan komitmen, prestasi akademik, sahsiah (merit/demerit) dan berbagai anugerah lain.
Saya menggemari perkataan PENGHARGAAN berbanding APPRESIASI yang berasal dari perkataan Inggeris yang dimelayukan. Saya tidak faham kenapa perkataan Inggeris selalu nampak lebih bagus walaupun ia membawa maksud yang serupa.

Di MRSM, semua pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan -kumpulan kecil seramai lebih kurang 12 orang dan ditempatkan dalam satu homeroom (HR). Episod HR bermula sejak tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 di bawah penjagaan dan pemerhatian seorang guru penasihat. Pendek kata, pelajar boleh lah merujuk kepada guru penasihat untuk mendapatkan nasihat dan berkongsi masalah sekiranya ada.

Di majlis ini, lebih ramai pelajar berpeluang untuk memenangi anugerah kerana mereka akan bersama dalam satu kumpulan. Markah merit dan segala pencapaian dikira sebagai pencapaian kumpulan. Saya kongsikan momen-momen menarik sepanjang majlis.

Ini Ustazah Hafizah, Penyelaras Unit Pembangunan HR. Siap ber 'crown' bagai. "Anak HR buat sendiri", katanya. Berdebar menantikan mentari bersinar pada pagi tersebut. Maklumlah musim tengkujuh.

Ini HR saya, 5B. 2 tahun kami memegang rekod merit terbaik. Rahsia : rajin update rekod penglibatan dan penyertaan. Jangan tinggal subuh berjemaah(kalau boleh)

Yang ini HR teacher Mona. Yang pakai 'crown' tu lah teacher Mona. Memang tak dapat nak cabar la. Saya tak mampu nak buat apa yang beliau buat untuk anak-anak HR beliau. Dan rasanya saya takkan sampai 'level' beliau. 3 kategori mereka sapu bersih. Penasihat HR terbaik tingkatan 3. 
HR mengikut tema, tingkatan 3. 
HR terbaik keseluruhan.


Inilah teacher Mona...macam Permaisuri Agong pakaiannya kan? Siap crown lagi..


Yang ala-ala graduan Hogwart ni, HR cikgu Meor. Cg Meor pun dah macam Albus Dumbledore. Mereka pun menang HR mengikut tema. Bersusah payah menyewa jubah. Tapi ada permuafakatan di situ. Tahniah!


Ini HR 5B - semasa lintas langsung. Tema shades of blue saja. Simple and layback.


HR 5B lagi. Wefie sebelum majlis bermula. Sebelum dibasahi peluh. Maklumlah majlis kali ni diraikan secara 'outdoor'. Missing in action: Pipah dengan Suu. Belum habis belit selendang kot.

Majlis tahun ini menyaksikan ramai guru-guru yang lebih 'sporting' melayan kehendak anak-anak HR dengan mengenakan pakaian sedondon mengikut tema HR. Tahniah untuk semua.

'Cool' kan? Cikgu Amir ni. Orang lama tapi 'sporting' teruk nihhh. HR dia pun dress up macam ni.








SPM DI MRSM 2019: HARI PERTAMA

5 November 2019

Sejak malam tadi, meriah dekat kumpulan tepi tingkap mommies KGP , menzahirkan kerisauan dan menyuarakan betapa 'nervous' mak-mak bila mana anak-anak akan memulakan perjuangan dalam kehidupan mereka hari ini. Saya dapat panggilan dari Addina, cemas bunyinya....seketika kemudian dapatlah maknya memberi sedikit tip untuk menenangkan diri.

Pagi saya bermula awal dari biasa hari ini. Bukan sebab SPM sangat, tetapi kerana saya bertugas untuk perhimpunan pagi. Selepas selesai masak sarapan pagi, sempat lagi saya menitipkan peringatan akhir untuk anak-anak HR dan Addina juga (walaupun tak ada blue tick dalam telefonnya😟😟). Selesai tugasan di tapak perhimpunan, saya bergerak ke surau.

Terjumpa dengan Suu, "takut la cikgu...saya rasa macam nak menangis.."
 Saya peluk dia, saya cakap.."pergi nangis dulu..
Dahhh! dia ketawa pulak...

Kemudian terserempak pula dengan Jasmine, dan ibu bapanya. Dia bangun dan bersalam dengan saya. Saya peluk dan ucapkan selamat berjaya. Sempat juga ibunya mengucapkan terima kasih pada saya.  Budak-budak ni, anak-anak yang baik. Semoga Allah permudahkan urusan mereka hari ni. Kemudian , Alif Aiman dan Naqib melintas, saya pesan apa-apa yang patut. Saya percepatkan langkah.

Dalam 7.35pagi, pelajar mendengar amanat akhir Tuan Pengetua dan SU peperiksaan SPM, Cg. Sha.

                                                     
 Dan selepas itu, Ilham memimpin bacaan doa sebelum pelajar masuk ke dewan peperiksaan. Ilham adalah salah seorang Badan Wakil Pelajar. Presiden BADAR ( Badan dakwah dan Kerohanian). Saya melihat tangan Ilham menggeletar memegang kertas doanya. Setakat memimpin bacaan doa bukanlah pelik bagi Ilham. Tetapi hari ini, perkara yang amat biasa dilakukan pun menjadi sesuatu yang asing. Saya tidak pernah mengenali dengan dekat ibu bapa Ilham, ini kerana dia memegang rekod bersih dalam akademik dan sahsiah. Jadi tiada keperluan untuk ibu bapanya datang berjumpa guru. Namun, siapa pun mereka..saya pasti mereka bangga jika melihat Ilham hari ini.

Di celah ibu bapa yang hadir memberi sokongan untuk anak-anak, saya terjumpa Puan Suriyani, ibu kepada Pipah. Encik Khairul, ayah kepada Keyrol. Dan mungkin ada lagi yang saya tidak perasan kerana saya bergegas untuk menghantar Amani ke rumah pengasuh.

Beruntung pelajar sekarang, ibu bapa yang tinggal berdekatan dapat ,meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Hebat ibu bapa sekarang. Ibu bapa kita dulu juga hebat, cuma mungkin kesukaran hidup menyebabkan mereka tidak dapat memberikan sokongan seperti sekarang. Yang pasti doa mereka tetap berterusan.

GRADUASI KOLEJ GENIUS@PINTAR, UKM

24 November 2019

Kami sekeluarga menghadiri graduasi Addina di Kolej Genius@PERMATA(KGP), UKM... walaupun lima tahun lepas, kami mendaftarkannya di Kolej Permata Pintar, UKM. Nama kolej bertukar setelah pemimpin negara bertukar.

Di KGP, pelajar dianugerahkan dengan High School Diploma (HSD) selepas menamatkan tahap 2 (tingkatan 4 dan 5). Pelajar boleh menggunakan HSD untuk memohon melanjutkan pengajian ke luar negara seperti AS dan AUSTRALIA dengan syarat mereka melepasi ujian SAT atau yang seumpamanya. Boleh rujuk maklumat pengajian di sini.


Bouquet yang dalam bakul tu, untuk graduan.
Carnation tu untuk mama, katanya.

Graduan kami, "semua kena datang sebab Dina dapat anugerah Pengarah.."

Menunggu majlis bermula dalam auditorium KGP

Pentas serba ringkas dan sangat formal.

"Merasai pengalaman berjaya".

Antara yang menarik semasa ucaptama Perasmi majlis, Dato' Kamel Mohamad, TKSU Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi adalah:

-your future is not been written yet-
-the world is to be explore-
-it doesn't matter where you start, it's the end that is important-
-good is not enough, better is expected,best is possible-
-attitude is important-
-able to contribute-
-antara kaya, berjaya whatsoever..hemah paling utama-

Majlis penyampaian anugerah diselangseli dengan persembahan kugiran kolej. Walaupun kebiasaan majlis graduasi adalah suatu majlis yang 'solemn', tetapi di KGP, jemputan bagai ditarik tarik tangan mereka untuk bertepuk semasa kugiran kolej memainkan lagu 'rasa sayang eh' secara instrumental. Sungguh 'catchy'. 

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Pelajar Terbaik Keseluruhan, Saudara Faiz Rahmani sebagai wakil pelajar. Hebat pelajar ini. Saya tersentuh mendengar ucapannya. Tahniah untuk semua pelajar.

selamat berjaya SPM 2019

GRADUASI 2019 - MRSM Kuantan



19 Oktober - Graduasi MRSM Kuantan

Majlis kemuncak setiap tahun. Paling dinanti-nantikan oleh pelajar tingkatan 5. Kebetulan HR saya tingkatan 5 tahun ini, sejak tahun lepas mereka kecoh tentang graduasi, bimbang kalau-kalau mereka tidak dapat bergraduasi. Apalah yang penting sangat dengan graduasi tingkatan 5 ni? TIDAK penting pun. Sekadar menerima sijil graduasi sahaja, malah sijil tersebut langsung tidak bernilai. Kata pelajar, "penting cikgu, malu lah kalau tidak graduasi.."

Reti malu juga budak-budak ni....yang mereka rela diri gagal dalam subjek-subjek kritikal macam matematik tambahan tu, tak sengaja agaknya...😅

Bagi pelajar-pelajar MRSM, ada syarat-syarat untuk bergraduasi. Antaranya, tpng mestilah melepasi 2.0. Memenuhi nilai jam kredit subjek yang ditetapkan atau dalam bahasa mudah, tidak gagal subjek yang sama 3 semester berturut-turut. Malah, semasa graduasi pelajar dikelaskan pula pencapaian mengikut tpng mereka untuk menentukan kelas 1(3.50-4.00)..kelas 2 tertinggi(3.00-3.49), kelas 2 bawah(2.50-2.99) dan kelas 3(2.00-2.49). Kejam! Alahai.. "down" juga la kalau graduasi kelas 3.

 No worries...tiada apa yang berubah kerana pelajar tetap akan menduduki peperiksaan SPM pada November. Keputusan SPM juga yang akan bernilai pada akhirnya.

Sekitar Majlis Graduasi MRSM Kuantan 2019- pentas dihias oleh team Cg. Bahri

Perarakan masuk ahli senat

Bersama Jasmine - salah seorang anak HR 

Dengan Nina dan Suu - yang menerima anugerah kepimpinan dan kokurikulum di samping sijil graduasi mereka.

Pipah, saya , Suu dan Nina

Keseronokan memakai jubah, mengenakan mortar dan menerima skrol memberikan pengalaman "mengecapi kejayaan" kepada para pelajar. Inilah rasanya bila berjaya menamatkan pengajian selepas bertahun-tahun berjuang dan bergelumang dengan buku dan kertas. Dalam tempoh tersebut, ada kalanya mereka cemerlang, ada ketika mereka gagal, ada masa-masanya mereka melakukan kesilapan dan ada masa mereka kena kecam(kata mereka). 

Namun itulah liku-liku kehidupan sebagai pelajar. Itulah warna-warni kanvas seorang remaja, yang akan mereka kenang selepas meninggalkan bangku persekolahan. Memori yang mereka akan kongsi di insta story mereka. Memori yang akan di re-tweet pada tahun-tahun akan datang.

Selamat menempuh peperiksaan SPM









MIGTY - MARA INTELLIGENT, GIFTED AND TALENTED YOUTH PROGRAM

16 OKTOBER 2019

Pagi ni, team PGG f3 akan membawa keluar pelajar-pelajar tingkatan 3 sebagai kemuncak program MIGTY yang berlangsung sejak 14 /10. Kami ke Taman Gelora.

Program ini diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 selepas peperiksaan PT3. Banyak komponen yang terlibat; antaranya ialah Golden Seeds(kaunseling), Hustle for Muscle(sukan), CSR dan Biz Talent. Memandangkan MRSM Kuantan ialah MRSM Ig, maka kami hanya diwajibkan melakukan 3 komponen MIGTY sahaja. 

Alhamdulillah,saya telah mendapat kerjasama yang sangat memuaskan dari team cikgu-cikgu f3. Program kecil macam ni.. peringkat dalaman sahaja. Tambahan pula, keadaan guru yang sangat sibuk ketika ini dengan jadual pengawasan peperiksaan igcse dan checkpoint, ramai yg keluar untuk penataran skor pt3 dan saya sendiri telah menangguhkan perancangan untuk pulang ke kampung untuk melawat ibu yang baru lepas pembedahan. Allah jugalah yang memudahkan semuanya.

Tugasan AJK, semuanya saya 'blast' dalam group whatsapp sahaja. Arahan yang jelas penting sebab kami tidak bermesyuarat. Tiada masa untuk bertangguh. Semalam, saya mendapat maklumbalas positif daripada semua AJK tentang tugasan masing-masing yang telah selesai. Alhamdulillah.





                          
Sebahagian guru yang terlibat: dari kiri: Pn Shihaton, Cik Farhana, En Wan Buanan, saya, Pn Latifah dan Cik Ain (KOOP). Pihak Koperasi MRSM Kuantan juga telah berbesar hati menaja menu minum pagi guru-guru yang terlibat. TERIMA KASIH Cik Farhana, orang kuat KOOP.


Kelas 3A dan 3B akan ke Masjid Tanjung Api.Cikgu Hasif akan bertindak sebagai guru pengiring.


Pelajar disajikan dengan nasi lemak selepas mereka membersihkan masjid. Berkilat lantai masjid dikerjakan pelajar MRSM.


 Manakala kelas 3C, 3D, 3E dan 3F akan ke Taman Gelora untuk aktiviti membersihkan taman dan pantai. Pantai Gelora memang kawasan tumpuan riadah di Kuantan. Taman di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuantan ini memang sudah bersih, tetapi masih ada tangan-tangan gatal yang suka hati mencampakkan sampah di luar tong sampah.

Ada pelajar merungut, "cikgu...kenapalah ada orang buang sampah merata, padahal ada je tong sampah...". 
Nak buat macamana anak oii..."Awak jangan jadi macam ni." Nasihat saya kepada beliau.

   Cikgu Adenan, Cikgu Farhana, Cikgu Wan B, Cikgu Latifah, Cikgu Ridayah dan Cikgu Shihaton ada untuk memantau altiviti pelajar di Taman Gelora.


Acara yang dinanti-nanti...penyampaian hadiah untuk semua aktiviti sepanjang MIGTY berlangsung. TPKA sudi hadir untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Yang menariknya dalam program ini, para pelajar bekerja sama sesama mereka untuk mencari maklumat dan menjayakan semua aktiviti dengan bantuan minimum daripada guru. Saya juga mendapati, para pelajar lebih yakin berkomunikasi dan menampakkan kematangan mereka di sebalik sikap nakal dan main.main mereka. Hampir semua program diuruskan oleh pelajar, dan mereka telah berjaya. Saya bangga melihat ada pelajar yang boleh bekerja tanpa di 'supervise' oleh orang dewasa. Saya juga melihat lebih ramai pelajar yang menonjol dengan kepimpinan mereka.




3 gambar di atas adalah dari program Golden Seeds

Yaa...Belajar itu bukan hanya di bilik darjah. Malah empati  dan 'soft skill' mereka juga meningkat. 

Ada yang mengambil kesempatan berborak dengan saya sementara menunggu bas. Kami berbincang tentang perkara-perkara yang tidak ilmiah. Di luar kebiasaan perbualan guru dan murid. Seorang pelajar lelaki datang menghulurkan air jagung 'float' untuk saya, kerana  saya sahaja guru  yang masih menunggu pelajar menaiki bas terakhir untuk pulang ke maktab. Terima kasih! Terharu cikgu...bukan kerana dapat air jagung (air yang saya paling tidak minat) tetapi kerana pelajar ada empati yang tinggi.

Semoga para pelajar lebih bersemangat dan lebih fokus dalam pengajian mereka selepas ini.
syabas untuk guru terlibat dan para pelajar tingkatan 3. Selepas ini para pelajar akan kembali mengikuti pengajian untuk subjek IG mereka.

Lagi aktiviti tahunan pelajar, klik di sini



DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...