KERJA SATU IBADAH : sisi hebat seorang rakan guru

Hari ni, 11 Mac 2019...seorang sahabat guru diraikan dalam satu majlis perpisahan yang sangat simple, atas permintaannya. Sahabat ini , seorang ustaz akan bersara wajib pada usia 60 tahun pada minggu hadapan (saya terlupa tarikh sebenar).

Saya tidak sabar hendak mengulas ucapannya sebelum saya berbicara atau mendengar rakan-rakan lain memberikan pendapat tentang apa buah butiran ucapan ustaz. Saya takut saya "bias" dengan pendapat orang lain.

Ramai pelajar terlelap ketika ucapan Ustaz yang mengambil masa hampir sejam setengah, malah guru juga dilihat resah gelisah. Mungkin risaukan anak yang belum dijemput dari sekolah atau sekolah agama. Jarum pendek jam di dewan besar melanggar angka 5...solat asar pun belum lagi.

Saya masih menumpukan perhatian pada ucapan ustaz, yang bagi saya ..sangat memberi inspirasi. Dan rasanya hari-hari terakhir inilah saya baru mengenalinya. Saya tidak pernah bekerja secara langsung dengannya. Maksudnya, saya tidak terlibat dalam unit/komiti yang dikendalikannya.

Mengimbau kenangan beliau belajar di Mesir, ketika gagal dan diarahkan pulang ke tanahair, beliau sempat menghantar permohonan ke universiti tempatan. Dan sebaik sampai ke tanahair, beliau sudah mendapat tempat untuk menyambung pelajarannya ke tahun 2.
( satu tindakan yang hebat- kesungguhan, ikhtiar, mencari jalan- satu sikap yang mungkin tiada pada anak muda zaman sekarang)

Kehebatan ketika menjalankan tugas sebagai warden asrama dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar. (sangat komited- malah katanya ihklas untuk mendidik anak-anak pelajar).

Entah kenapa kehebatan itu tidak berapa menonjol di tahun-tahun akhir perkhidmatan beliau (pendapat saya, berdasarkan pemerhatian). Mungkin 'salah' tugasan yang diberikan kepadanya, tidak sepadan dengan kebolehannya. Atau mungkin atas permintaannya menolak jawatan yang 'boleh meyerlahkan' kehebatannya kerana faktor kesihatan mungkin?.Atau sudah letih kerana faktor usia yang menginjak 60an?

Apa jua alasan, hanya beliau yang tahu. Saya tetap menghargai apa yang beliau kongsikan petang tadi. Tetap memberi inspirasi kepada saya. Membuka mata hati saya terhadap sesuatu yang berbeza.

Mmmm...apa lah yang akan saya kongsikan pada ucapan akhir perkhidmatan? itu pun jika diizin Allah.

Selamat Bersara untuk sahabat-sahabat yang bersara tahun ini, 2019.

KERJA SATU IBADAH- kisah tukang kasut

No comments:

Post a Comment

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...