BACAAN MENYENTUH JIWA

 31 Mei 2023. Cuti sekolah.

Hari ni, aku bawa Amani dan Ikmal ke Petrosains di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ramainya budak-budak. Aku temankan Amani, Ikmal dah hilang. Aku rasa dia dah naik ke tingkat atas, tempat bahan bacaan. Petrosains ni, seolah terlalu jauh dengan jiwa remaja dia.

Petrosains Kuantan, masuk percuma. 


Aku suka sahaja jika dia meluangkan masa untuk membaca di atas sana, tingkat 1. 

Malah, aku sedang menunggu respon dia terhadap buku karya Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Ver Wijck. 

Buku ni, direkemen oleh Tok Mat, seorang munsyi DBP. Apabila Ikmal bersuara untuk membacanya, terus aku cari di kedai dalam talian.

Aku bukan kaki novel. Kebanyakan bahan bacaan aku adalah genre motivasi kewangan, hartanah, biografi dan keagamaan. Pendek kata, bahan yang memberi ilmu pengetahuan. Kategori bukan fiksyen.

Namun, kebelakangan ini, aku mula membaca novel-novel yang berkualiti dan memberi makna. Antaranya, Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. 

Untuk anak-anak, aku cari novel-novel yang menyentuh jiwa dan berkesan di hati mereka. 

Antara novel untuk bacaan anak


Harapan aku, karya Hamka akan sedikit sebanyak membentuk jati diri seorang pemimpin, seorang pemuda dan seorang pendukung agama di dalam diri Ikmal. 


Buku fiksyen pertama pilihan aku. 


PERFECTIONIST!

 17 mei 2023.

Hari ni, aku rasa, lamaaaanya aku kerja. 

7.15 pagi sampai sekolah, 6.15petang sampai rumah. Kelas back to back.. Ada rehat 30min saja in between classes.

Ambil anak dari sekolah, drop kat rumah. Balik semula ke sekolah untuk aktiviti koku. Ambil anak sorang lagi, drop pulak. Balik sekolah semula, sebab koku sukan aku berakhir jam 5.30. Anak pulak, sorang balik 2.30. Sorang balik jam 4.00. Sehingga dekat jam 6 petang aku  berada di sekolah. 

Sebelum balik ke sekolah semula jam 4.30, aku sempat singgah beli kopi brew kat barnhouse. Chill. 

Macamanalah agaknya mak mak yang balik jam 7..jam 8 setiap hari?

Kalau aku masih perfectionist mcm dulu, mesti dah stress yakmat hari ni. 

Sekarang ni, aku buat apa yg boleh. Yang tak boleh buat, lepaskan. 

Tak perlu perfect sangat! 

*cg anis- belajar melepas dan memaaf


ANAK DI ASRAMA, BILA NAK PANDAI UTUS DIRI?

Mac 2023. Semester baru bermula. Rancak. 

Kelas tingkatan empat, Aku panggil seorang pelajar lelaki ke depan untuk ambil buku dia yang aku dah tanda.

Aku buka kerja dia, terangkan apa kesilapan graf dia. Dia menumpukan perhatian ke atas buku yg aku tunjuk. 

Aku tengok muka dia. Haishh, budak  ni berhingus. Tak reti nak pergi tandas  ke apa? 

Lepas aku explain panjang lebar, dia kembali ke tempat duduk dia. Sambil berjalan, aku nampak pelan-pelan dia lap hingus dengan belakang tangan

 Masya-Allah , umur  16 tahun kot. 

Begitulah. Anak di asrama, mak-bapak kena cakna. Ajar. Pesan. 

Ada juga yang aku tengok, jerawat batu penuh menggunung atas kulit remaja. Bila anak balik, bawa la pergi cari ubat. Stress budak tu. Demotivated jadinya. 

Anak remaja ni, jerawat banyak pun, boleh jadi isu universe tau. Emosi dia terganggu. 

Bila anak ada di rumah, tengok sikit, ada panau ke? .. Kurap ke? .. Berkudiskah? Belek2 sikit anak kita tu. 

Jangan ingat, dia tak komplen, semua settle. 


Cg anis-ingatkan diri sendiri jugak. 



Mknggu pertama sek men

 Mak-mak, pinjamkan telinga sekejap. Bolehkan?


.


"Sekolah ni besar sangat, hampir sesat hari ni." 


"Today, i made 2 new friends. 

Kami buat ujian, apatah namanya. Dia.. Dia.. nostik kot."😆


"Syok juga sekolah ni."🏫


"Teacher bukan pandai English sahaja, dia pandai bhs jepun jugak."😳


"Koperasi ada jual onigiri."😲


"Hari ni, buat kerja sendiri atau  buat nota. Cikgu ada meeting."📝


 "Ada kawan yang toksik. Geram betul. Tak sangka sungguh perangai macam tu."😡😠

.


Mak-mak, 

Anak kita masuk tingkatan satu memang struggle sebenarnya, macam pergi tadika. 


Setiap hari, cerita dia berbeza. Harap-harap dia punya kagum tu, berterusan la bukan sekerat jalan.


Kehidupan remaja memang keras!


Janganlah cepat sangat dia tiba di titik bernama BOSAN.


#cikguanismenulis

#cikguanisghostwriter

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...