ADA ILMU DALAM SETIAP UCAPAN


26 Januari 2023

Ucapan perasmian majlis graduasi MRSM Kuantan oleh Tuan Haji Abd Manab bin Abdul Majid

Saya tidak pasti tentang orang lain, tetapi saya suka majlis graduasi kerana perasmi. Perasmi dipilih dari kalangan mereka yang hebat-hebat. Saya suka hendak mendengar perkongsian mereka yang mahal bagi saya. 

Orang begini, sukar didekati oleh kita yang biasa-biasa. Tetapi, jika kita fokus kepada ucapannya, ucapan itu seolah-olah pesanan untuk kita sahaja. 

Ini antara intipati ucapannya. 

Untuk ibu bapa:

1. Terima kasih utk parents yg sanggup mengambil cuti untuk meraikan anak-anak yang dikasihi. 

2. Dalam majlis ini, parents akan menjadi Rakan Media. Maka, muat naik lah perkara yang baik-baik tentang majlis ini. Semoga cita-cita kita menjadi anak soleh, dari awal  sampai ke liang lahat. Biarlah apa yang kita muat naik memberi kebaikan kepada ummah. 

3. Dunia ini kecil, jadi kita patut harmonikan keadaan. Bezakan antara sindiran dan teguran. Terima teguran dengan fikiran  positif. 

4. Sekolah ada peraturan, hukuman di peringkat sekolah adalah sebagai pendidikan untuk pelaku dan yang melihat. Sekolah bukan hanya tempat mengajarkan ilmu dalam buku, tetapi ia juga tempat remaja belajar berkomunikasi, adab, hubungan personal dan pengetahuan am. 

5. Selesaikan isu hutang dgn sekolah sblm anak2 masuk exam. Insya-Allah, dpt lebih rahmat. 

Mampukah institusi pendidikan bertahan dengan ibu bapa zaman sekarang dan budaya viral?

Disiplin anak merosot: pukul, maksiat paling banyak. Mampukah remaja sekarang lakukan apa yg ayah ibu anda buat hari ini.? 

Untuk anak-anak:

1. menjadi hebat bukan perlu tunggu sehingga berumur 50tahun,tetapi bermula skrg. (remaja) 

2. Banyakkan menulis atas kertas.

3. Gunakan pengalaman lepas utk masa hadapan. 

4. Buat apa yg Allah suruh, tinggalkan yg Allah larang. 

Ucapan yang padat, tepat dan penuh makna. 


#cikguanisbelajar 

 




KPI UNTUK DIRI SENDIRI

6 Januari 2023

Majlis Anugerah Homeroom. 

Kami merancang sebuah majlis yang sederhana sahaja. 

Saya katakan kepada semua AJK, "kita buat setakat yang mampu, cukup dengan bajet yang diperuntukkan. Jangan pening nak majlis grand dengan bajet ciput." 

"Kak, minta la dengan  si anu.. anu.. Minta sponsor." Cadang seorang teman. 

Ok, bab mencari duit untuk program sekolah, biarlah pentadbir yang cari. Kita cikgu ni, nak masuk kelas pun tak cukup nyawa. Program akademik pun banyak nak dilaksana. Siapa yang nak laksanakan dengan lancar? Kalau bukan cikgu- cikgu? 

Bab duit, kita mohon pentadbir yang cari! Kalau nak demand majlis grand, cari  duit beri pada kita. 

________________________________________________________________________________

Tugas sebagai penyelaras Unit  Pembangunan Hr ini sepanjang tahun. Berat juga bagi saya. Masa awal dapat tugasan, murung juga la. Kira macam terpaksa  dan rela. 

Jarang sangat cikgu Sains atau Matematik jadi penyelaras UPHR. Tugas mengajar sahaja sudah tinggi jam kreditnya. Hadir lagi untuk kelas-kelas tambahan di hujung minggu dan hari cuti. Kelas tambahan pula waktu petang. Cikgu sains dan matematik dah macam orang gila! 




Untuk mengelakkan tekanan, saya meletakkan kpi saya sendiri untuk tugasan ini: 

1. Buat setakat termampu. 

2. Jangan pertikai/question kerja orang lain. 

3. Mudahkan tim. 

4. Jangan merungut. 

Alhamdulillah. Jika dapat melakukan 4 perkara di atas, kerja kita akan dipermudahkan. Insya-Allah, doa banyak-banyak. 

Selamat datang 2023

#cikguanisbelajar. 


DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...