6 Januari 2023
Majlis Anugerah Homeroom.
Kami merancang sebuah majlis yang sederhana sahaja.
Saya katakan kepada semua AJK, "kita buat setakat yang mampu, cukup dengan bajet yang diperuntukkan. Jangan pening nak majlis grand dengan bajet ciput."
"Kak, minta la dengan si anu.. anu.. Minta sponsor." Cadang seorang teman.
Ok, bab mencari duit untuk program sekolah, biarlah pentadbir yang cari. Kita cikgu ni, nak masuk kelas pun tak cukup nyawa. Program akademik pun banyak nak dilaksana. Siapa yang nak laksanakan dengan lancar? Kalau bukan cikgu- cikgu?
Bab duit, kita mohon pentadbir yang cari! Kalau nak demand majlis grand, cari duit beri pada kita.
________________________________________________________________________________
Tugas sebagai penyelaras Unit Pembangunan Hr ini sepanjang tahun. Berat juga bagi saya. Masa awal dapat tugasan, murung juga la. Kira macam terpaksa dan rela.
Jarang sangat cikgu Sains atau Matematik jadi penyelaras UPHR. Tugas mengajar sahaja sudah tinggi jam kreditnya. Hadir lagi untuk kelas-kelas tambahan di hujung minggu dan hari cuti. Kelas tambahan pula waktu petang. Cikgu sains dan matematik dah macam orang gila!
Untuk mengelakkan tekanan, saya meletakkan kpi saya sendiri untuk tugasan ini:
1. Buat setakat termampu.
2. Jangan pertikai/question kerja orang lain.
3. Mudahkan tim.
4. Jangan merungut.
Alhamdulillah. Jika dapat melakukan 4 perkara di atas, kerja kita akan dipermudahkan. Insya-Allah, doa banyak-banyak.
Selamat datang 2023
#cikguanisbelajar.
No comments:
Post a Comment