22 MAC 2022.
Hari ni ulang tahun Amani yang ke 12.
Semalam, semasa saya mengambil gambar buku cerita ikmal komik M untuk dimuatkan dalam kedai shoppee RAKKU ,
Amani tanya, "kenapa nak jual?"
"Amani tak baca pun", jawab saya.
Dia senyum sahaja. Semua buku-buku cerita mereka masih cantik seperti baru. Komik M yang menggunakan bahasa melayu standard, banyak membantu meningkatkan pencapaian subjek Bahasa Melayu semasa Ikmal di sekolah rendah. Novel-novel Ain Maisarah, siri Adam Kecil dan banyak lagi siri dari penulis yang berbeza, telah menjadikan Addina seorang anak yang lebih prihatin.
Amani?
Dilahirkan bongsu dalam keluarga. Pernah semasa tadika, dia memberi banyak alasan untuk menyiapkan kerja rumah. Sudahnya kerja tersebut disiapkan oleh Ikmal.
Pernah juga saya berbicara dengan guru tadikanya supaya Amani diberikan sedikit tugasan kecil seperti menyusun beg atau kasut. Ini adalah untuk mewujudkan satu suasana 'bukan anak bongsu', di mana beliau akan lebih bertanggungjawab dan berani.
Membaca? Saya pernah memberi insentif wang tunai kepadanya sebagai galakan membaca(klik) . Itu pun puas saya memaksa. Tidak seperti Addina dan Ikmal yang suka membaca, Amani lebih tertarik dengan you tube, internet malah mendengar muzik di sportify. Ketika ibu bapa lain membelikan tab dan telefon pintar, kami belikan dia kamera digital (yang dia bawa ke mana-mana bila keluar rumah). Namun dalam fasa pandemik , kami terpaksa mengalah dengan membelikannya tablet untuk kegunaan sekolah. Tidak pernah Amani dengan sukarela membelek buku-buku cerita yang sedia ada.
Dan tahun ini, segala-galanya berubah...
KISAH AMANI DAN BUKU - BAHAGIAN 2
No comments:
Post a Comment