YANG MANA SATU PILIHAN KITA : ANAK GEMBIRA ATAU DAPAT A SEMATA-MATA?

 30 November 2021

Saya mengajar Syu sejak beliau di tingkatan 2. Syu pelajar yang sopan, hormat guru dan baik tingkah laku. Pencapaian akademik Syu sederhana tetapi pendiamnya tidak boleh dibawa berbincang. 

Dulu Syu 'takut-takut' dalam kelas saya(saya tak garang pun😄). Mungkin kerana selalu disoal, Syu jadi  kurang keyakinan diri. Takut sangat tersilap butiran yang keluar dari mulut kacukan Melayu-Cinanya itu.

Tahun ini, tahun ke 4 saya mengajar Syu. Beliau tingkatan 5 sekarang. Syu sudah berani bertanya secara langsung kepada saya. Walaupun 'content' subjek masih kurang, tapi Syu nampak lebih 'enjoy' dalam kelas saya sekarang. Tiada lagi muka ''ketat' masa kelas. 

Bahagian hujung meja kanan itu , tempat kegemaran Syu. Saya bangga bila Syu tidak lagi tertarik memandang keluar tingkap semasa kelas.

Setelah 20 tahun mengajar, saya menyaksikan kebanyakan pelajar nampak tertekan semasa belajar. Ada kemungkinan saya yang tidak cukup bagus untuk  menarik minat mereka. Mungkin juga jadual yang terlalu padat, subjek yang terlalu banyak, peperiksaan yang semakin hampir atau tekanan dari ibu bapa yang mengharapkan pencapaian cemerlang anak-anak mereka. Terus terang, saya rasa tiada pelajar yang gembira ke sekolah.

Kita juga pernah menjadi pelajar. Seingat saya, satu-satunya kelas yang saya 'enjoy' dahulu adalah kelas Bahasa Melayu sebab cikgu saya, Pn Rodziah (arwah) akan membawa majalah Dewan Siswa ke kelas sebagai bahan mengajar. Kami bebas membaca mana- mana bahagian dalam majalah tersebut. Namun kelas Bahasa Melayu juga berakhir dengan tekanan bila kami diminta menulis karangan. Namun tekanan itu kadang-kadang berkesan untuk sesetengah orang kerana ia akan memaksa mereka memberikan yang terbaik. Hasilnya karangan saya dan beberapa pelajar lain pernah terpilih dan disiarkan dalam majalah Dewan Siswa. Semuanya hasil usaha cikgu saya yang nampak potensi kami dalam bidang penulisan.

Sebagai cikgu, saya nampak Syuk ada potensi untuk berjaya. Kalau bukan semasa SPM, mungkin pada peringkat yang lebih tinggi. 

Cikgu Anis,
Suka tengok perubahan sikap pelajar. Suka tengok pelajar gembira semasa belajar.






DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...