APA YANG ANDA BELAJAR DARI KUMPULAN SOSIAL MUKABUKU?

29 Mac 2021

 Setahun kita menjalani kehidupan dalam era pandemik. Banyak yang kita sama-sama belajar. Dari tidak berapa pandai dalam selok belok penggunaan gajet serta internet, sehinggalah cekap mengendalikan kelas atas talian, menyediakan soalan peperiksaan , menanda kertas exam, eksport data dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Banyak juga belajar mengenai gajet terkini dan penggunaannya, membeli barang secara atas talian dan paling banyak ialah masa yang dihabiskan untuk bersosial dalam talian.



Banyak rupanya kumpulan sosial di facebook terutamanya, kita boleh pilih untuk menyertai kumpulan berdasarkan minat dan kecenderungan kita. Macam saya memilih untuk menyertai kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI NI- memang kelakar kumpulan ni...tengok pada namanya pun dah boleh agak kan?

Saya sertai juga kumpulan KAMI SUKA DEKO DEKO- seronok tengok dekorasi cantik rumah orang, boleh dapat inspirasi juga untuk rumah kita. Selain itu dapat juga ilmu terkini tentang perhiasan atau  inovasi orang persendirian.

Paling saya suka kumpulan, KAKI DIY- kekreatifan mereka memang 'next level' bagi saya. 

Rasa macam banyak masa dibazirkan dengan telefon pintar dengan kumpulan sosial ni, TETAPI paling berharga saya belajar tentang adab sopan dalam kumpulan sosial.. 

KONGSI, kalau rasa 'posting' bermanfaat. Cakap TERIMA KASIH.

Jika tidak, KEEP SILENT.

Beri PENDAPAT  MEMBINA, jangan yang sarcastic atau sinis.

Jawab PERTANYAAN dengan niat membantu, jangan beri jawapan yang menjatuh/memperlekehkan tuan tanah.

JANGAN TAMBAH 'kuah' pada komen yang tidak elok.

INGAT!!!! lagi banyak kita cakap, lebih nampak ke**d*han kita. Jika tiada yang baik untuk dikatakan, KEEP SILENT.


-mama yang suka cari inspirasi dari group fb

 Bersosiallah dengan positiviti, jom kita tengok kumpulan MASAK APA HARI NI?



APA KISAH "KALI PERTAMA" ANDA?

 FEB 2021

Banyak betul kisah "kali pertama" yang muncul sejak kebelakangan ini. Kali pertama guru ke udara dalam siaran TV Pendidikan, ramai yang menegur tetapi kedengaran seperti menghentam. Hari Isnin depan, pelajar tahun satu akan ke sekolah sendirian untuk kali pertama. Dengarnya, ramai juga mak-mak yang kecewa kerana tidak dapat mengintai anak di sebalik tingkap kelas . 

Saya selalu menggalakkan pelajar saya menjadi orang pertama menjawab soalan di dalam kelas. Bukan masa yang menjadi taruhan. Jawapan yang baik bukanlah jawapan yang diberi sebaik soalan habis, tetapi beberapa ketika selepas soalan habis. Ini kerana otak memerlukan masa untuk menterjemah, menganalisa dan memberi jawapan.

Soalan pertama juga biasanya adalah soalan yang mudah. Jika pelajar dapat mengatasi soalan pertama, secara psikologinya mereka lebih yakin untuk menerima pengajaran dalam kelas untuk hari tersebut.

Perkara yang sama, saya pesan pada anak-anak pelajar yang memulakan pengajian kolej. Semester pertama, paling mudah. Pastikan awak dapat 4.0 jika boleh. Ini akan menjadi 'pendorong' terhebat awak untuk terus cemerlang pada semester seterusnya.

Berita pertama saya terima dari Addina yang mendapat 4.0 dalam semester 1 Diploma Teknologi Maklumat. Kemudian Iman juga berkongsi berita gembira mendapat 4.0 untuk semester 1, Program Asasi Perubatan. Seterusnya Balqis juga berjaya mendapat 4,0 untuk semester 1 Program Asasi UM. Semoga kejayaan mereka dalam semester pertama ini akan terus mendorong mereka dan rakan -rakan lain untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang masing-masing.


Mungkin ramai berpendapat memang mudah untuk mendapat 4.0 semester 1 kerana subjek lebih mudah. Betul!! Ini namanya peluang dan peluang bukan selalu datang. Pengajian dalam semester-semester seterusnya pasti lebih sukar, tetapi bila mengetahui yang mereka boleh melakukan dengan baik pada semester 1, secara tidak langsung, semuanya menjadi lebih mudah dan lancar.

Saya teringat kali pertama mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Pelajar terkebil-kebil. Bukan kerana mereka  tidak memahami kandungan silibus, tetapi mungkin cuba meneka apa yang saya 'pronounce'. Mungkin mereka gelihati. Selalunya saya akan tanya pelajar yang paling bijak Bahasa Inggeris dalam kelas tersebut. Minta tolong beliau betulkan 'pronounciation' saya. 

UPDATE: Selepas pertemuan kami secara google meet pada malam 19/2, Khairul juga berkongsi berita gembira tentang kejayaan semester pertamanya 3.82. Kami semua bersorak bangga. Katanya, kehidupan kampus telah mengubahnya menjadi lebih baik. 

Apa kisah menarik "kali pertama' anda?



  


DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...