27 November 2019
Hari terakhir peperiksaan SPM. Semoga anak saya dan anak-anak didik saya serta kawan-kawan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang, diangkat semua doa-doa mereka dan ibu bapa mereka. Seterusnya dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Minggu lepas saya ke bandar, mencari tukang kasut. Di celah-celah lorong, sebelah stesen teksi arked MARA, memang ada 3 orang tukang kasut (TK). Kedudukan mereka hampir antara satu dengan lain. Saya tanya pakcik tukang kasut B, berapa dia nak 'charge' untuk baiki kasut saya, sepasang? Katanya, kalau tengok pada keadaan kasut, sebelah rm 12.Sepasang dah rm 24. Dalam hati saya rasa okey la.. Boleh tahan harga.. Kalau ada 3 pasang kasut sehari, rm 72..Katanya lagi, "kena tinggal, besok-besok ambil".
Oleh kerana ada 2 orang TK lain yang memerhati, saya batalkan niat baiki kasut petang tersebut. Macam tidak adil pulak untuk lagi dua orang tukang kasut, walaupun rezeki Allah yang tentukan.
Jalan Besar, Kuantan. Di celah-celah bangunan lama inilah, tukang kasut beroperasi. Deretan kedai lama di sini, kebanyakannya telah diubahsuai menjadi kedai makan 'hipster' atau kedai kopi yang berkarakter . Bergerakk (kedai wrap dan burger) dan Kuantan Pickers( kedai kopi) adalah antara kedai kegemaran kami sekeluarga.
Berbalik cerita tukang kasut,
Selang 2 hari, saya mencari TK yang selalu membaiki kasut suami. Lokasinya di Jalan Bukit Ubi, di celah-celah deretan kedai barangan elektrik. Menyewa tangga sahaja sebagai premis perniagaannya. Saya tunjukkan kasut saya,
Katanya, " jenama bagus ni, ramai orang kerja hospital pakai ni, kerosakkan pun sama..".
Wow!! Saya kagum sekejap. Lelaki ini memang cekap dengan apa yang dia buat.
Saya tanya, " nak kena tinggalkan kasut ke?"
TK, " Puan pergi jalan-jalan dulu, dua jam datang balik.."
Selepas 2 jam, saya datang semula untuk ambil kasut saya, sambil dengar TK mengomel sebab tak ada kiwi merah nak kiwikan kasut saya.
"kiwi merah baru habis, kalau tidak, saya boleh buat semula ni." Tidak berpuas hati kerana tidak dapat buat sehabis baik agaknya.
Saya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Kos menjahit kasut hanya rm15 untuk sepasang. Semoga murah rezeki abang TK ni. Hasil kerja beliau memang bagus.
Lagi kisah kerja satu ibadah