Sehari di Kuantan

Salam sejahtera..
25 September 2019


Mood makan-makan... Khas untuk mereka yang suka kepergian di hujung minggu.. Jemput datang ke Kuantan, cuma 2 jam 30 minit dari Gombak.

Cari penginapan di sekitar Jalan Teluk Sisek atau Jalan Besar, ini adalah laluan terus ke Teluk Cempedak.

Sarapan :
1. Sarsha Cafe, Jalan Beserah, jam 7 lebih dah buka sampai tengahari. Isnin tutup
2. Nasi Vanggey, Jalan Teluk Sisek, antara restoran  mamak yang mempunyai sijil halal.
3. Sepanjang Jalan Tanjung Api: Eda Yasin nasi minyak, Restoran Selera Bonda.
(orang Pahang memang breakfast makanan heavy)
4. Ideal Food Court, Jalan Kubang Buaya. Ada lempeng, laksam..

Makan tengahari
1.Restoran Jade, Hotel Grand Darul Makmur. Hidangan buffet Dim Sum Satu - satunya restoran Cina dengan sijil halal. Baru rm 39/pax, Setiap rabu sahaja. 11am sampai 2 pm. Makan sampai pengsan. Walk in.
2. Restoran Vanggey pun boleh.
3. Restoran Mabiq, Jalan Tanjung Lumpur, Menghidangkan makanan authentic Pahang: Paih patin, masak lemak daging salai. Diusahakan oleh Pusat Tahfiz,
4. Selera Singgang, Jalan Beserah. Singgang ni sayur air, tiada lemak.Ikan segar dengan sambal belacan untuk yang nak makan hidangan sihat
5. Ideal Food Court, Jalan Kubang Buaya. Hidangan nasi ayam penyet. Kenyang sampai petang.

Minum petang
1, Cafe Watak Kita, Jalan Besar. Sebelah Menara Kuantan. Pekena kopi dan roti bakar kat sini.sedap-sedap kopi dia.
2. Kula Cake, Jalan Besar. Betul-betul depan Menara Kuantan, lintas jalan. Berhadapan blok Watak Kita. Terkenal dengan mango cheese cake mereka yang viral.
3. Murtabak Mengkasar, Jalan Bukit Ubi. Murtabak Pekan yang terkenal. Buka dari petang hingga malam.

Makan malam
1. Burgerak, Jalan Besar. Macam-macam hidangan wrap. Wrap kambing dia bukan biase-biase.
2. Restoran Vanggey lagi.
3. Satay Zul, Jalan Teluk Sisek. Hidangan utama satay. Cuba dulu baru bandingkan dengan satay lain anda pernah makan. Satay daging terbaik.
4. Kimstone, Jalan Beserah. Pusat Sehenti. Kat sini boleh nasi makan kambing Guangzhou, Satay Zul, Jaman Tory, Kelapa Joget (Teh ais depa sedapppp)
5. Sungei Lembing Steak House, Jalan Teluk Sisek. 
6. Gelora Steak House, Jalan Beserah. Steak House mahal sikit la..
7. Cafe Ghalit, Jalan Kubang Buaya. Makan hidangan western dalam talam.
8. Restoran Lila Wadi, Jalan Teluk Sisek. Hidangan Steamboat.

Tepuk dada tanya selera! Selamat Bercuti...Sorry, gambar menara Kuantan tak penuh..ya ampunn.






IGCSE di MRSM - program dwisijil

Awal September 2019

" Exam fever" di semua sekolah. Musim peperiksaan percubaan PT3 dan SPM. UPSR sedang berlangsung.

Di MRSM igcse , kami mempunyai 2 lagi peperiksaan penting iaitu Checkpoint(CP) dan IGCSE(IG). Maka, pelajar yang terlibat dengan peperiksaan 'besar' adalah :
tingkatan 2- CP,
 tingkatan 3- PT3,
 tingkatan 4- IG dan
tingkatan 5-SPM.
 Ini bermakna, setiap tahun pelajar akan menduduki peperiksaan kecuali tingkatan 1 sahaja.

Checkpoint adalah untuk pelajar tingkatan 2. Sebagai diagnosis atau ujian pengesanan untuk pelajar sebelum memulakan program IG. Walaubagaimanapun, di MRSM IG semua pelajar yang mendaftar akan diwajibkan mengambil peperiksaan IG tidak kira apa jua keputusan Checkpoint mereka. Untuk makluman, ibu bapa mesti membayar sejumlah yuran untuk peperiksaan CP dan juga IG. Subjek untuk CP adalah Sains, Matematik dan English. Grednya pula adalah dalam band. 1 hingga 4. Band paling baik adalah band 4.

Silibus sains untuk tingkatan 1,2 dan 3 aliran perdana akan di 'merge' kan bersekali dengan silibus CP. Ini bermakna semasa tingkatan 2, pelajar di maktab IG sudah menghabiskan silibus sains tingkatan 1,2 dan 3 serta silibus CP. Proses pengajaran menjadi agak padat dalam tempoh 2 tahun.

Bermula tingkatan 3, silibus IG akan bermula di samping pelajar akan meneruskan silibus subjek-subjek lain seperti sekolah biasa. Dalam erti kata lain, pelajar tingkatan 3 IG ada 4 subjek lebih dari pelajar sekolah biasa iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan. Semua subjek IG  adalah Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik dan Bahasa Inggeris. Semua sekali 6 subjek. Jadi, pelajar tingkatan 3 akan mengikuti 9 kelas subjek aliran perdana seperti rbt, bm, pai dan sebagainya berserta tambahan subjek IG. 

Saya hanya nak bincangkan tentang subjek saya sahaja iaitu Biologi. Silibus Biologi adalah Core dan Supplement  . Supplement lebih mendalam cakupannya. Ada iras-iras silibus tingkatan 4 aliran perdana. Terdapat 3 kertas iaitu paper 2- objektif 40 soalan, paper 4 - struktur dan paper 6- alternative to experiment. Kertas peperiksaan adalah dari Cambridge. Pemarkahan setiap kertas adalah tidak sama pemberatnya. Kertas 2 dan kertas kertas 6 menyumbang lebih markah. Tidak seperti kertas SPM di mana jumlah keseluruhan adalah 200 markah. Markah akhir dikira dengan membahagi sahaja jumlah markah diperoleh dengan 2.

Berdasarkan pengalaman, pelajar tingkatan 3 kebanyakannya masih tidak cukup matang untuk menerima dan "menghadam" subjek IG ini. Jika dibandingkan dengan sains PT3, ia jauh berbeza. Pelajar tingkatan 3 di MRSM IG adalah kumpulan yang paling tertekan. Ini kerana mereka tetap kena bersedia untuk PT3 (8 subjek) dan pada masa yang sama berusaha mendalami silibus IG. Namun, bukan bermakna tiada pelajar yang 'perform'. Ada..cuma bilangannya tidak ramai.

IGCSE merupakan 'added value' untuk pelajar MRSM IG. Ia merupakan program dwisijil, pelajar menduduki peperiksaan IG dan SPM. Bermakna pelajar akan mempunyai sijil IG dan sijil SPM. Tetapi, apalah maknanya 'added value' jika nilai yang ditambah itu hanyalah gred D, E, F dan UG(ungraded). Semua pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan IG serta SPM di MRSM IG. 

Cabarannya besar!

Catatan ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sendiri. 


Terkini 2023: memandangkan checkpoint adalah ujian diagnostik, kebanyakan mrsm IGCSE tidak lagi mengambil CHECKPOINT sebagai peperiksaan tingkatan 2. 

BELAJAR DI MRSM? APA PROGRAM YANG DITAWARKAN?

Salam sejahtera..
14 September 2019

UPSR baru sahaja selesai. Ramai yang berminat hendak memohon ke MRSM. Tidak kira ibu bapa atau pelajar. Rasanya keinginan ibu bapa yang lebih kuat jika dibanding dengan keinginan sang anak.

Saya nak kongsikan beberapa TIPS sebelum sahabat pembaca memilih MRSM untuk anak masing-masing.

1. Jangan pilih MRSM hanya kerana dekat dengan rumah
 
2. Cari maklumat tentang program yang ditawarkan. Antaranya adalah ;
    - Dwisijil yang menawarkan IGCSE dan SPM (IGCSE di MRSM Kuantan)
    - Ulul albab
    - Teknikal
    - Premier
 
3. Bincanglah dengan anak tentang realiti kehidupan di asrama. Ceritakan kepadanya bahawa tinggal di asrama itu mesti berkongsi. Tiada mama yang nak ingatkan semua perkara. Makan tidak boleh memilih, makan saja apa yang dihidang. Ada peraturan yang perlu dipatuhi, tak boleh buat sesuka hati. Mesti belajar selesaikan masalah. Mama bukanlah "genie" yang muncul sekelip mata bila diseru. Mesti pandai bergaul, tapi jaga batasan.

4. Buatlah pilihan MRSM yang menepati kehendak anda dan anak anda.
Image result for mrsm kuantan
Satu perkara yang perlu diingatkan di sini, sekiranya pelajar telah memulakan pengajian di MRSM Ulul albab, pertukaran pelajar hanya di bolehkan ke MRSM Ulul albab sahaja, tidak boleh ke MRSM dwisijil.Sebab itu ibu bapa perlu tahu tentang program-program yang ditawarkan di setiap MRSM.

Buat pilihan bijak..
                               .

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...