22 mac 2023
Hari ke 3,amani ke sekolah menengah. Girls school.
Laporan hari ni, lebih ceria.
Hari 1-
hampir sesat dalam sekolah, sekolah besar sangat. Nak tunggu di luar pagar pun takut. Sekolah rendah dahulu, cikgu memang tak benar keluar pagar jika tiada ibu bapa.
Hari 2-
Dapat dua orang kawan baru, bukan dari sekolah rendah yang sama. Anak PK. Best la dia datang sekolah dengan ayah dia.
Mama, koperasi ada jual onigiri!
Hari 3-
dah ceria sedikit.
Mendengar ceritanya setiap hari, baru tahu pelajar tingkatan satu memang struggle kat sekolah baru pada minggu pertama dan mungkin berlarutan sehingga sebulan.
Kesiannya, masa anak sulung dahulu tidak dapat menumpangkan telinga untuk mendengar aduannya.
Ibu ayah, tidak pelik jika anak yang pergi asrama menggelupur. Nak balik selepas seminggu mendaftar.
Patutlah ada sahaja budak kecil depan pejabat pengetua.