PART 4 : APA PENGAKHIRANNYA?

Wah, panjang lebar juga aku kisahkan bab pilih sekolah ni. Kita baca sharing di bawah tentang lepasan SPM. 

Sebagai kesimpulan, aku tengok pelajar ni, ada macam-macam jenis. Yea lah, rezeki Allah pun ya juga. Kita tidak tahu mana yang terbaik untuk kita. Kerja Allah je semua tu. 

Ada anak kawan aku, SPM 9A. Dapat la offer sambung belajar ke luar negara. Seronok, dapat merasa pengalaman tinggal di luar negara. Tapi pinjaman yang dia sign.. Fuh! 500k lebih kurang. Allah, bila nak habis bayar tu? 

Ada anak kawan lain pula, dapat 9A juga. Masuk Asasi. Niat asal nak buat kursus perubatan. Final cgpa dia 3.8 something. Kursus yang UPU offer, matematik. Budak tu langsung tak minat. Last-last mak dia bawak masuk private, buat kursus berkaitan perubatan juga.

Ada anak kawan lain, dapat 5A SPM. Masuk matrik. Niat asal nak buat perubatan juga. Alhamdulillah, score 4.00 setiap semester. Sekarang dah tahun 3, bakal doktor.

Ada pelajar aku, lemah budaknya. Selalu parent kena panggil datang sekolah sebab akademik teruk. 2 tahun lepas dia datang beraya kat rumah aku. Dia kata dia belajar kat Sunway College. Aku tanya, result ok tak? Dia pun excited cerita, gedebuk.. gedebak.. Okay sangat!

Anak aku, SPM 7A. Dia tak nak belajar sains dah. Aku kata ok, kita minta diploma. Alhamdulillah, grad diploma sains  komputer dgn cgpa 3.92. Sambung degree terus masuk tahun 2 sebab boleh transfer kredit hours.

Begitulah beberapa kisah anak-anak kita. So, selagi mereka nak belajar, kita beri galakan. 

Sediakan duit untuk tabung pendidikan mereka. Itu yang paling penting.

Baca Part 1

Baca Part 2

Baca Part 3

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. Puan, boleh tahu bagaimana disiplin anak2 dr segi ibadah di kgp(kolej genius pintar) ? Adakah warden yg akan pantau waktu solat anak2? dan pada pendapat puan, antara kgp, sbp dan mrsm, manakah yg paling terbaik utk anak yg jenis berdikari, ada disiplin diri dan boleh manage masanya sendiri... Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam puan, pada pendapat saya kalau anak macam tu, biar dia pilih ke mana dia hendak tuju.

      Delete

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...