6 Julai 2021
Sejak pkp 3.0 ni, setiap malam saya tercari-cari tajuk untuk dibualkan dengan anak-anak ketika melayani makan malam. Jika dulu, tajuk perbualan berkisar tentang sekolah, ujian, kerja sekolah serta aktiviti harian mereka. Sekarang, cuma berkisar tentang kes harian covid yang tidak menunjukkan pengurangan.
Namun malam tadi, Amani keluar dengan satu soalan,
"mama pernah dengar tentang spanish flu?"
Dan belum sempat saya menjawab, dia sibuk menceritakan dapatannya tentang spanish flu dari internet.
"black death lagi teruk Amani.."
Sampuk Ikmal. Sambung pulak episod black death oleh Ikmal.
Sudahnya makan malam kami menjadi sangat interaktif. Kagum juga mendengar anak-anak ni belajar begitu banyak tentang peristiwa berkaitan dengan situasi semasa.
Segala pandemik, epidemik. Perbezaan antara keduanya. Influenza, bird flu, SARS....
Pengajaran yang jelas:
Hikmah Allah jadikan segala virus dan bakteria sangat halus, seni dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kumpulan mikroorganisma ini sangat mudah membiak dan tersebar, dalam satu titik air sahaja boleh mengandungi berjuta-juta koloni. Teringat ketika di universiti dulu, saya mengambil kertas mikroorganisma. Seronok masuk makmal mikrob, berhawa dingin, tangan dan tempat kerja mesti dicuci sebersih-bersihnya dengan sanitizer sebelum dan selepas kerja. Ada sejenis bau di makmal mikrob...bau hospital!.
Mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar. bayangkan jika kita dapat melihat mereka. Pasti kita hidup dalam ketakutan. Mereka ada di mana-mana, termasuk dalam udara yang kita sedut. Malah pada tangan yang telah di cuci dengan sanitizer selama 10 saat! ( Memang saya uji sendiri di makmal mikrob). Saya hilang selera makan dalam semester tersebut, gara-gara mengambil kertas mikroorganisma. Tak selera nak makan makanan di cafe yang terdedah di rak.
Catatan oleh : Mama yang positive di kala pandemik.