19 Januari 2021
Saya ibu berkerjaya. Tinggi 152cm. Berat purata 52kg. BMI 22.5. 2 tahun lepas, saya buat full medical check up, Alhamdulillah semua cun.
Zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah, saya aktif bersukan. Bukanlah hebat sangat, tetapi saya jenis budak yang tidak kisah berpeluh, berbau dan comot sedikit. Seingat saya semasa di universiti, saya mendaftar kursus ko kurikulum sukan sejak matrik sehingga tahun 3.
Rasionalnya?
1. Tiada kerja kursus yang perlu dibuat/ tiada ujian.
2. Hadir untuk bermain. Lulus dan mengeluarkan peluh.
Namun segalanya berubah bila berkahwin dan mempunyai anak. Dipendekkan cerita, sama seperti orang lain, sibuk menguruskan anak dan kerjaya sehingga lifestyle saya berubah. Bersukan atau bersenam tanpa saya sedar hilang dari jadual hidup saya.
Anak bongsu saya berusia 4 tahun ketika saya berumur 40tahun. Anak sudah boleh ditinggalkan sesama mereka. Kerjaya juga berada di tahap yang selesa walaupun tekanan kerja yang memuncak. Saya perlu keluar dari zon sedia ada. LEMAS dan RIMAS. Saya perlu satu suntikan untuk menyegarkan kehidupan saya. Saya perlu keluar dari rumah. Saya cuba dapatkan "ME TIME" yang saya suka, tetapi ia bukan semudah yang saya sangka.
Saya nekad. Tanpa banyak berfikir dan membuang perkataan "tapi"dan "kalau" dalam perancangan saya, saya aturkan masa supaya dapat bersenam kembali. Berjoging. Yang seronok bila berjoging , saya selalu dapat 'thumbs up" dari warga taman yang tegar berjoging setiap hari. Saya bersenamrobik, suatu aktiviti yang sangat saya gemari sejak zaman universiti. Saya panjat bukit sementara menunggu anak balik sekolah petang.
Masa berlalu, jadual kerja berubah bila waktu persekolahan dilanjutkan ke petang sehingga 4.30. Anak bongsu pula perlu ke KAFA petang. Saya terpaksa mengurangkan aktiviti. Terhad kepada senamrobik sahaja di hujung minggu, itupun jika tidak perlu bertugas d hujung minggu. Jadual anak-anak berubah menyebabkan jadual saya juga berubah. Dan semangat bersenam itu semakin pudar. Muncul seribu alasan yang menghalang saya untuk bersenam.
Rasanya sejak beranak-pinak, banyak masa dan tumpuan saya bertumpu pada anak, suami dan keluarga. Diri sendiri jatuh ke tempat yang ke berapa entah!! Bila difikirkan, apa hadiah hebat yang saya berikan pada tubuh badan saya? wang simpanan? rantai tangan pandora? Baju cantik? hand bag mahal? rumah besar? kereta idaman? Kalau adapun tidak bermakna jika badan sakit sana- sini, cepat letih dan mula dihinggap penyakit. Saya kembali meletakkan kepentingan diri saya nombor SATU.
Saya mesti cari jalan untuk menidakkan alasan, dan saya mendapati HALANGAN TERBESAR adalah PEMIKIRAN saya. Ditambah pula dengan perkataan "TAPI" dan "KALAU". Kata orang hendak seribu daya mahu seribu cara. Alhamdulillah, halangan itu tidak melibatkan orang lain. Hanya DIRI sendiri. Sekarang ni, kalau tak bersenam rasa macam ada yang kurang.
Saya masih enjoy makanan sedap tapi berpada-pada. Saya cuba amalkan makanan sihat sedapat yang boleh dan ajar anak-anak untuk makan sihat dan kekal aktif dengan cara mereka.
Taman Gelora, Kuantan. Satu pusingan besar taman ni bersamaan dengan 1.25km. Kalau joging 4 round, dah dapat 5km. |
- cikgu anis- makcik yang joging dengan outfit yang outdated😎. Letih joging, jalan jer! PKP ni jalan dalam rumah dengan Leslie kat youtube.