MIGTY - MARA INTELLIGENT, GIFTED AND TALENTED YOUTH PROGRAM

16 OKTOBER 2019

Pagi ni, team PGG f3 akan membawa keluar pelajar-pelajar tingkatan 3 sebagai kemuncak program MIGTY yang berlangsung sejak 14 /10. Kami ke Taman Gelora.

Program ini diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 selepas peperiksaan PT3. Banyak komponen yang terlibat; antaranya ialah Golden Seeds(kaunseling), Hustle for Muscle(sukan), CSR dan Biz Talent. Memandangkan MRSM Kuantan ialah MRSM Ig, maka kami hanya diwajibkan melakukan 3 komponen MIGTY sahaja. 

Alhamdulillah,saya telah mendapat kerjasama yang sangat memuaskan dari team cikgu-cikgu f3. Program kecil macam ni.. peringkat dalaman sahaja. Tambahan pula, keadaan guru yang sangat sibuk ketika ini dengan jadual pengawasan peperiksaan igcse dan checkpoint, ramai yg keluar untuk penataran skor pt3 dan saya sendiri telah menangguhkan perancangan untuk pulang ke kampung untuk melawat ibu yang baru lepas pembedahan. Allah jugalah yang memudahkan semuanya.

Tugasan AJK, semuanya saya 'blast' dalam group whatsapp sahaja. Arahan yang jelas penting sebab kami tidak bermesyuarat. Tiada masa untuk bertangguh. Semalam, saya mendapat maklumbalas positif daripada semua AJK tentang tugasan masing-masing yang telah selesai. Alhamdulillah.





                          
Sebahagian guru yang terlibat: dari kiri: Pn Shihaton, Cik Farhana, En Wan Buanan, saya, Pn Latifah dan Cik Ain (KOOP). Pihak Koperasi MRSM Kuantan juga telah berbesar hati menaja menu minum pagi guru-guru yang terlibat. TERIMA KASIH Cik Farhana, orang kuat KOOP.


Kelas 3A dan 3B akan ke Masjid Tanjung Api.Cikgu Hasif akan bertindak sebagai guru pengiring.


Pelajar disajikan dengan nasi lemak selepas mereka membersihkan masjid. Berkilat lantai masjid dikerjakan pelajar MRSM.


 Manakala kelas 3C, 3D, 3E dan 3F akan ke Taman Gelora untuk aktiviti membersihkan taman dan pantai. Pantai Gelora memang kawasan tumpuan riadah di Kuantan. Taman di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuantan ini memang sudah bersih, tetapi masih ada tangan-tangan gatal yang suka hati mencampakkan sampah di luar tong sampah.

Ada pelajar merungut, "cikgu...kenapalah ada orang buang sampah merata, padahal ada je tong sampah...". 
Nak buat macamana anak oii..."Awak jangan jadi macam ni." Nasihat saya kepada beliau.

   Cikgu Adenan, Cikgu Farhana, Cikgu Wan B, Cikgu Latifah, Cikgu Ridayah dan Cikgu Shihaton ada untuk memantau altiviti pelajar di Taman Gelora.


Acara yang dinanti-nanti...penyampaian hadiah untuk semua aktiviti sepanjang MIGTY berlangsung. TPKA sudi hadir untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Yang menariknya dalam program ini, para pelajar bekerja sama sesama mereka untuk mencari maklumat dan menjayakan semua aktiviti dengan bantuan minimum daripada guru. Saya juga mendapati, para pelajar lebih yakin berkomunikasi dan menampakkan kematangan mereka di sebalik sikap nakal dan main.main mereka. Hampir semua program diuruskan oleh pelajar, dan mereka telah berjaya. Saya bangga melihat ada pelajar yang boleh bekerja tanpa di 'supervise' oleh orang dewasa. Saya juga melihat lebih ramai pelajar yang menonjol dengan kepimpinan mereka.




3 gambar di atas adalah dari program Golden Seeds

Yaa...Belajar itu bukan hanya di bilik darjah. Malah empati  dan 'soft skill' mereka juga meningkat. 

Ada yang mengambil kesempatan berborak dengan saya sementara menunggu bas. Kami berbincang tentang perkara-perkara yang tidak ilmiah. Di luar kebiasaan perbualan guru dan murid. Seorang pelajar lelaki datang menghulurkan air jagung 'float' untuk saya, kerana  saya sahaja guru  yang masih menunggu pelajar menaiki bas terakhir untuk pulang ke maktab. Terima kasih! Terharu cikgu...bukan kerana dapat air jagung (air yang saya paling tidak minat) tetapi kerana pelajar ada empati yang tinggi.

Semoga para pelajar lebih bersemangat dan lebih fokus dalam pengajian mereka selepas ini.
syabas untuk guru terlibat dan para pelajar tingkatan 3. Selepas ini para pelajar akan kembali mengikuti pengajian untuk subjek IG mereka.

Lagi aktiviti tahunan pelajar, klik di sini



REDUCE, REUSE, RECYCLE - selamatkan baju favourite anak anda

Assalamualaikum..

Bila anak mengadu t-shirt kegemarannya dah pendek... saya suka... sebab boleh buat kerja-kerja kreatif . Kerja ni lebih mencabar daripada buat baju dari sekeping kain.

Ni baju yang dia cakap pendek tu

Cari perca kain, potong memanjang je, buat la 2 atau 3 layer..layer paling bawah tu, potong paling lebar. Cantumkan semua layer pada baju yang pendek tu.


Lagi satu contoh..

SELAMAT MENCUBA


REDUCE , REUSE, RECYCLE - convert baju kurung cotton anda kepada pijama

Salam sejahtera.
1 Oktober 2019

Mood menjahit ni tak boleh ditahan-tahan. Malah aktiviti menjahit menjadikan saya lebih fokus dan melupakan sekejap segala macam masalah lain. Kalau tak fokus, memang salah potong kain la jawabnya..

Okay, kali ni saya nak kongsi cara untuk kurangkan baju-baju cotton yang lama tetapi masih elok. Al maklum lah, kain cotton ni, tahan lama. Saya tukarkannya menjadi baju tidur anak saya yang berumur 9 tahun.

ini baju saya, baju kurung pesak.

kain...ambil contoh seluar anak , letak dan potong ikut seluar anak.

bhgn badan baju kurung...potong untuk dijadikan bhgn badan baju anak

bhgn tangan baju kurung...potong untuk tangan baju anak
ini lah hasilnya...jimat rm 30 untuk sepasang pijama budak


SELAMAT MENCUBA

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...