TIPS PELAJAR CEMERLANG 4 : Ubah sikap, berubah untuk berjaya

Ini kisah semalam 12 mac 2019

Saya dan seorang sahabat mewakili jabatan sains bertugas memantau aktiviti solat sunat dhuha, taubat dan hajat pelajat tingkatan 4 dan 5 (DHT).

Slot ini memang termasuk dalam jadual, jadi sesi pdp hanya akan bermula pada pukul 8 pagi. Slot DHT bermula 7.30 pagi. beruntung pelajar-pelajar ni..seawal belasan tahun didedahkan dengan DHT, sesuatu yang tidak pernah saya tahu semasa saya seusia mereka.

Yang menyedihkan ramai pelajar mensia-siakan peluang yang tersedia depan mereka. Ada antara pelajar puteri yang mengaku uzur dan mengambil peluang itu untuk membaca buku , menolak ketepi masa yang diperuntukkan untuk meminta dariNya. Bila didesak, seorang demi seorang mengaku yang mereka sebenarnya tidak uzur.

Suara saya tinggikan.." minggu depan awak semua nak exam, masa ni lah nak minta banyak-banyak...ni yang lemah-lemah ni, kalau kawan lain buat sunat 2 rakaat, awak kena buat 4 rakaat..."
Saya sambung lagi...., " besok-besok bila awak dah masuk U..dah kerja..awak akan menyesal tidak buat DHT ketika ada peluang...". Lepas rekodkan nama untuk demerit HR mereka , saya berlalu ke bahagian pelajar putera. Setelah puas hati, saya teruskan ke bahagian blok akademik, sekadar memastikan tiada yang bersembunyi di dalam kelas.

Usai semuanya, saya terus ke jabatan, mengadap komputer..cuba menyelesaikan apa yang patut sebelum ke kelas. Tiba-tiba seorang pelajar datang,. katanya, " cikgu..saya minta maaf..kata-kata cikgu di surau  tadi buatkan saya sedar...terima kasih cikgu.."

Dan bebanan tugas saya hari itu terasa ringan seolah semuanya hampir selesai.


KERJA SATU IBADAH : sisi hebat seorang rakan guru

Hari ni, 11 Mac 2019...seorang sahabat guru diraikan dalam satu majlis perpisahan yang sangat simple, atas permintaannya. Sahabat ini , seorang ustaz akan bersara wajib pada usia 60 tahun pada minggu hadapan (saya terlupa tarikh sebenar).

Saya tidak sabar hendak mengulas ucapannya sebelum saya berbicara atau mendengar rakan-rakan lain memberikan pendapat tentang apa buah butiran ucapan ustaz. Saya takut saya "bias" dengan pendapat orang lain.

Ramai pelajar terlelap ketika ucapan Ustaz yang mengambil masa hampir sejam setengah, malah guru juga dilihat resah gelisah. Mungkin risaukan anak yang belum dijemput dari sekolah atau sekolah agama. Jarum pendek jam di dewan besar melanggar angka 5...solat asar pun belum lagi.

Saya masih menumpukan perhatian pada ucapan ustaz, yang bagi saya ..sangat memberi inspirasi. Dan rasanya hari-hari terakhir inilah saya baru mengenalinya. Saya tidak pernah bekerja secara langsung dengannya. Maksudnya, saya tidak terlibat dalam unit/komiti yang dikendalikannya.

Mengimbau kenangan beliau belajar di Mesir, ketika gagal dan diarahkan pulang ke tanahair, beliau sempat menghantar permohonan ke universiti tempatan. Dan sebaik sampai ke tanahair, beliau sudah mendapat tempat untuk menyambung pelajarannya ke tahun 2.
( satu tindakan yang hebat- kesungguhan, ikhtiar, mencari jalan- satu sikap yang mungkin tiada pada anak muda zaman sekarang)

Kehebatan ketika menjalankan tugas sebagai warden asrama dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar. (sangat komited- malah katanya ihklas untuk mendidik anak-anak pelajar).

Entah kenapa kehebatan itu tidak berapa menonjol di tahun-tahun akhir perkhidmatan beliau (pendapat saya, berdasarkan pemerhatian). Mungkin 'salah' tugasan yang diberikan kepadanya, tidak sepadan dengan kebolehannya. Atau mungkin atas permintaannya menolak jawatan yang 'boleh meyerlahkan' kehebatannya kerana faktor kesihatan mungkin?.Atau sudah letih kerana faktor usia yang menginjak 60an?

Apa jua alasan, hanya beliau yang tahu. Saya tetap menghargai apa yang beliau kongsikan petang tadi. Tetap memberi inspirasi kepada saya. Membuka mata hati saya terhadap sesuatu yang berbeza.

Mmmm...apa lah yang akan saya kongsikan pada ucapan akhir perkhidmatan? itu pun jika diizin Allah.

Selamat Bersara untuk sahabat-sahabat yang bersara tahun ini, 2019.

KERJA SATU IBADAH- kisah tukang kasut

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada h...