NAK PERGI OXFORD !

Ramai parent yang trigger dengan 2 orang anak selebriti Malaysia yang dapat ke Oxford. S

Melambung pujian..bertuah mak ayah, dapat anak bijak lagi segak. Dapat pergi Oxford!

Saya tak nak ulas tentang parenting. Saya juga taknak ulas tentang intelligent. Semua tu subjektif.

Saya cuma nak share tentang IGCSE.

1. Program pelajar ke Oxford tu, adalah dari sekolah antarabangsa. Mereka bukan dihantar atau ditaja oleh sekolah. Program terbuka. Ada duit, boleh pergi. Sebab itu, kita tengok mereka yang mengikuti program tersebut, hmm... agak-agak la dari keluarga yang macamana.

2.  Sekolah antarabangsa mengguna pakai IGCSE sebagai peperiksaan utama. Kalau diteliti silibus IGCSE ni, ada  macam-macam pilihan subjek, bergantung kepada sekolah atau  minat pelajar. Kalau ambil BM dalam exam IGCSE, level macam sekolah rendah. Kalau untuk aliran sains ada CORE dan EXTENDED.

3. Selain sekolah antarabangsa, kat mana nak ambil IGCSE? 

MRSM. Program DWISIJIL bersama SPM.

Percuma? TIDAK.

Pelajar kena bayar yuran IG ketika tingkatan 4. Lebih kurang rm2k ++ , bergantung kepada currency. Kalau tak mampu, JANGAN. 

3. Silibus sains IG ada 2. Core dan extended. CORE adalah basic sains. EXTENDED lebih advance, sama seperti level SPM Malaysia. MRSM menggunakan silibus EXTENDED. Maknanya tahap kesukaran lebih kurang sama seperti SPM.

4. Haluan selepas IG. Boleh terus ke luar negarakah? Tanpa SPM?

Boleh teruskan dengan ALevel atau foundation. Min average gred C untuk program tersebut. Again, duit sendiri. 

Kalau lepasan MRSM pun boleh. Tanpa mengambil SPM. Tapi, belanjawan sendiri. Tiada penajaan.


**IG bagus untuk pelajar yang sudah pasti akan ditaja parent. Yang sudah tahu hala tuju program yang diminati semasa di kolej.


#cganis- tempat belajar sepatutnya memberi nilai tambah kepada pelajar.

REZEKI 2025

Awal tahun 2025, kami masih bergelut dengan coaching pelajar SPM 2024. Paper Biologi dijadualkan pada 3/2.

Pada masa yang sama, Ikmal akan menduduki exam sem 1. Dina pulak dah habis latihan praktikal, dah dapat tawaran kerja juga daripada sebuah syarikat antarabangsa. Syukur Alhamdulillah. Semoga lancar, dimudahkan.


Kata Dina, semasa sesi wrap up di tempat praktikal, mentor dia(senior di situ) cakap: 

"i feel like proud father here"

Bagi aku, alhamdulillah..walau bukan aku yang dipuji dan berada di situ, perasaan aku  macam remaja dapat 9a+ dalam SPM. Over the moon!


Jujur aku dan suami bangga. Mendidik anak dan memberi bimbingan kepada mereka umpama eksperimen. Semuanya adalah kali pertama kepada kita. 


"Tahniah abang, well done untuk kita. Dina dapat grad first class, takde hutang pelajaran dan dapat offer dari syarikat besar," sambil kami berdua high 5 dalam kereta.

Untuk Ikmal kaedah eksperimennya mungkin sedikit berbeza.

DARI DIPLOMA KE KELAS PERTAMA part 2

 Berbekalkan keputusan SPM 7A, peluang untuk mendapat biasiswa penuh untuk peringkat seterusnya, bukan sahaja tipis, tetapi langsung tiada harapan. Biasiswa penuh adalah bayaran yuran pengajian dan elaun sara hidup pelajar.

Biasiswa penuh di Malaysia hanya diberikan kepada pelajar yang mendapat 9A SPM. Bakinyanya pelajar 8A atau 7A akan mungkin menerima pinjaman boleh ubah(pinjaman yang ditukar kepada biasiswa berdasarkan keputusan peperiksaan akhir pelajar)

Kenapa kami target biasiswa penuh? 

Pertama: mestilah sebab kos pengajian akan menjadi PERCUMA. 

Kedua: TIADA tanggungan hutang selepas belajar.

Ketiga: PELUANG menimba pengalaman bekerja dengan pihak penaja.

Keempat: sebagai REWARD untuk kerja keras anak. Biar mereka tahu, mereka ada potensi untuk menerima biasiswa walaupun TIDAK mendapat straight A dalam SPM.. 

Kami tidak memohon upu kerana laluan UPU perlu melalui asasi dan pemilihan kursus yang belum pasti. Itu rasional kami. 

Jadi, secara automatik kami terlepas permohonan diploma Sains Komputer Uitm. Antara uni termurah untuk peringkat diploma. Kami rasa kami mampu membayar kursus ini secara persendirian kerana yurannya murah berbanding uni lain.

Kami termenung sekejap.

Laluan lain adalah diploma selama dua tahun setengah di uni swasta, kemudian sambung Ijazah pertama pula tiga tahun setengah... menjadikan total ENAM tahun tempoh pengajian. Ya Allah, lamanyaaaa.

Pembiayaan untuk diploma di uni swasta adalah 30k lebih. Untuk yuran pengajian setiap semester, kami rasa kami mampu kerana ada simpanan. Cuma untuk sara hidup harian anak: sewa asrama..makan minum..transport..agak merisaukan. Makan minum di luar bukan murah. Apatah lagi, jika uni tersebut terletak di bandar besar.

Setelah berbincang, menilik semua sudut, anak setuju bermula dengan diploma. Oleh kerana percaya dengan potensi anak, kami memilih diploma di MMU. Yurannya lebih sedikit daripada yuran foundation UTM tadi. Masih mahal tetapi berbaloi kerana ini yuran diploma bukan foundation.

Sebagai staf MARA, saya memohon pinjaman pelajaran untuk peringkat diploma. Ini adalah keistimewaan untuk staf. Pinjaman boleh ubah.

Jumlah pinjaman adalah lebih kurang 30k. Peringkat diploma, universiti swasta. 

Berbekalkan 7A, saya pesan pada anak: 

I am sure you can do excellent in diploma..target grad cgpa 3.75 (untuk selesa memohon pembiayaan penuh peringkat ijazah). Dan juga untuk pengecualian pembayaran penuh pinjaman.

The rest...Alhamdulillah, dua tahun setengah berlalu dengan pantas. 


Lulus dengan cemerlang peringkat diploma. Diploma Sains Komputer. Cgpa 3.92. 

Pinjaman boleh ubah MARA cuma perlu bayar 15% sahaja, rm 5k sahaja daripada 30k.

Setelah menghadiri sesi interview beberapa lapis dengan beberapa penaja, YTM sudi menaja untuk ijazah pertama. Jadi, dengan senang hati, menerima biasiswa penuh Yayasan TM.

Dapat transfer kredit diploma ke ijazah(skip tahun 1 ijazah, terus masuk ke tahun 2).


Alhamdulillah anak grad sama dengan kawan-kawannya yang masuk melalui foundation.L

 Lulus kelas PERTAMA ijazah kejuruteraan perisian komputer.




Dapat menimba pengalaman dengan TM selama 3 tahun. Bond. Insya-Allah dapat pengalaman bekerja. 

.

.

Banyak lagi laluan murah untuk membolehkan anak belajar di IPT. Mak ayah jangan mengalah, kena banyak bertanya.

Baca part1



NAK PERGI OXFORD !

Ramai parent yang trigger dengan 2 orang anak selebriti Malaysia yang dapat ke Oxford. S Melambung pujian..bertuah mak ayah, dapat anak bija...